Frequently Asked Questions

Apakah maksud Ubahsyarat Tanah?
Ubahsyarat Tanah ialah mengenakan atau mengubah jenis kegunaan tanah atau meminda mana-mana syarat nyata tanah atau meminda sebarang sekatan kepentingan bertujuan untuk mengenakan kegunaan, syarat nyata atau sekatan kepentingan tanah yang baru bagi membolehkan tanah dimajukan bagi maksud selain daripada kategori kegunaan tanah yang asal. Perkara ini merujuk kepada peruntukan seksyen 124, Kanun Tanah Negara 1965.
Image
Apakah maksud Pecah Sempadan?
Mana – mana tanah yang dipegang oleh 2 atau lebih selaku pemilik bersama boleh memecah satu lot kepada lot – lot tanah yang lebih kecil dengan tidak mengubah butiran pemiliknya. Perkara ini merujuk kepada peruntukan seksyen 137, Kanun Tanah Negara 1965.
Image
Apakah maksud Pecah Bahagian?
Mana – mana tanah yang dipegang oleh 2 atau lebih selaku pemilik bersama boleh memecah satu lot kepada lot – lot tanah yang lebih kecil mengikut bahagian seperti mana yang telah didaftarkan di dalam Hakmilik. Perkara ini merujuk kepada peruntukan seksyen 142, Kanun Tanah Negara 1965.
Image
Apakah itu Hakmilik Sementara (QT)?
Hakmilik Sementara atau Qualified Title (QT) bermaksud tanah yang diluluskan pemberimilikan tetapi belum diukur halus mengikut peruntukan di bawah Bab 2 atau 3 Bahagian Sebelas, KTN 1965. Hakmilik Sementara Pejabat Pendaftar dalam Borang 11A dan Hakmilik dalam Borang 11B. (Lihat muka surat 11)
Apakah itu Hakmilik Kekal (FT)?
Hakmilik Kekal atau Final Title (FT) bermaksud tanah yang telah diukur halus dan keluasan muktamad telah ditentukan. Hakmilik ini terbahagi kepada hakmilik Pejabat Pendaftaran, hakmilik Pejabat Tanah dan hakmilik subsidiari (iaitu, semua bentuk hakmilik selain dari hakmilik sementara). Pendaftaran bagi Hakmilik Muktamad ini terkandung dibawah peruntukan Bab 1 Bahagian Sepuluh, KTN 1965. (Lihat muka surat 11)
Apakah kesan lewat bayar cukai tanah?
Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965 - Setiap pemilik tanah berdaftar ATAU wakil bagi pihaknya bertanggungjawab untuk menjelaskan cukai tanah.

Seksyen 94 Kanun Tanah Negara 1965 - Cukai Tanah yang dikenakan hendaklah dibayar pada awal tahun kalendar iaitu 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun. Cukai Tanah yang tidak dijelaskan selepas 31 Mei akan menjadi tunggakan untuk tahun tersebut.

Denda Lewat akan dikenakan jika pembayaran Cukai Tanah dijelaskan selepas 31 Mei. Kadar Denda Lewat 20% akan dikira atas cukai tanah yang tertunggak dengan kadar minima RM10.00. Cukai Tanah hanya perlu dibayar SATU(1) KALI SETIAP TAHUN.

Seksyen 100 Kanun Tanah Negara 1965 - Jika tidak dibayar pada tarikh yang ditetapkan, Notis Tuntutan (Notis 6A) akan dikeluarkan dengan dikenakan bayaran RM20.00 setiap notis. Sekiranya tidak juga dijelaskan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tarikh penyampaian notis 6A, tindakan MERAMPAS TANAH akan diambil. Penalti maksima 6 kali ganda nilai cukai tanah tertunggak boleh dikenakan untuk menebus kembali tanah itu.

Get In Touch With Us

If you need any land development services, please feel free to contact us anytime.
logofooter.png
Your Trusted Land Development Consultant In Malaysia
Your Trusted Land Development Consultant In Malaysia

GET IN TOUCH

No 11-B, Jalan Jaguh 1,
Taman Harmoni 2,
81300 Skudai, Johor.

CERTIFIED BY

Image

RECOGNISED BY

Image
X

Right Click

No right click

X

Right Click

No right click