News

Cukai Tanah (JohorPay)

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
Image

Cukai Tanah (JohorPay)

Kerajaan Negeri Johor telah menyediakan satu platform baharu Pembayaran Cukai Tanah secara atas talian iaitu JohorPay menggantikan Portal Johor Online Payment.


Tanggungjawab Pemilik

Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965 – Setiap pemilik tanah berdaftar ATAU wakil bagi pihaknya bertanggungjawab untuk menjelaskan cukai tanah.

Seksyen 94 Kanun Tanah Negara 1965 – Cukai Tanah yang dikenakan hendaklah dibayar pada awal tahun kalendar iaitu 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun. Cukai Tanah yang tidak dijelaskan selepas 31 Mei akan menjadi tunggakan untuk tahun tersebut.

Denda Lewat akan dikenakan jika pembayaran Cukai Tanah dijelaskan selepas 31 Mei. Kadar Denda Lewat 20% akan dikira atas cukai tanah yang tertunggak dengan kadar minima RM10.00. Cukai Tanah hanya perlu dibayar SATU(1) KALI SETIAP TAHUN.

Seksyen 100 Kanun Tanah Negara 1965 – Jika tidak dibayar pada tarikh yang ditetapkan, Notis Tuntutan (Notis 6A) akan dikeluarkan dengan dikenakan bayaran RM20.00 setiap notis. Sekiranya tidak juga dijelaskan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tarikh penyampaian notis 6A, tindakan MERAMPAS TANAH akan diambil. Penalti maksima 6 kali ganda nilai cukai tanah tertunggak boleh dikenakan untuk menebus kembali tanah itu.


Tatacara Asas

Semakan hakmilik boleh dibuat dengan menggunakan carian pilihan seperti berikut :

1) Carian melalui No Kad Pengenalan / No Syarikat

2) Carian melalui No Daftar Lot

3) Carian melalui No Daftar Hak Milik

* Contoh No Hakmilik : 010204XX00007777

Semasa memasukkan maklumat carian rujuk pada kedudukan kod seperti di bawah :

* Kod Daerah : 02 (010204XX00007777)
* Kod Mukim : 40 (010204XX00007777)
* Jenis Hakmilik : XX (010204XX00007777)
* No Hakmilik : 00007777 (010204XX00007777)

Sekiranya anda mempunyai masalah untuk mencetak resit cukai tanah dan ingin mengulangi cetakan resit, sila ke kaunter Unit Hasil Pejabat Tanah Daerah yang berdekatan selepas 2 hari pembayaran dibuat. Bayaran tambahan akan dikenakan bagi setiap kali cetakan.

Sila jelaskan cukai tanah pada atau sebelum 31 Mei setiap tahun. Denda lewat akan dikenakan mulai 1 Jun setiap tahun.


Cara Pembayaran

Pembayaran boleh dibuat secara

  • Atas talian (Online) layari portal https://johorpay.johor.gov.my
  • unai,
  • kad kredit/debit tempatan,
  • cek,
  • bank deraf,
  • kiriman wang,
  • wang pos atas nama PENTADBIR TANAH (daerah di mana pembayaran dibuat).
logofooter.png
Your Trusted Land Development Consultant In Malaysia
Your Trusted Land Development Consultant In Malaysia

GET IN TOUCH

No 11-B, Jalan Jaguh 1,
Taman Harmoni 2,
81300 Skudai, Johor.

CERTIFIED BY

Image

RECOGNISED BY

Image
X

Right Click

No right click

X

Right Click

No right click