Mengenai kami
Perunding Tanah Profesional
JK Land Development Consultant Sdn Bhd merupakan satu gabungan bersama Jurukur Khoo. Syarikat kami ditubuhkan pada tahun 2017 dan memberi tumpuan kepada perkhidmatan perundingan pentadbiran dan pembangunan tanah di Malaysia.
Usaha Kami untuk Meningkatkan Kualiti
Kami komited untuk terus mematuhi dan menambah baik keperluan terpakai dan keperluan Sistem Pengurusan Kualiti selaras dengan keperluan ISO 9001:2015.
Perkhidmatan kami
Sedia Berkhidmat untuk Semua
Kami menawarkan rangkaian perkhidmatan yang komprehensif termasuk permohonan pecah bahagi tanah, cantuman tanah, pecah sempadan tanah, ubahsyarat tanah, serah balik dan kurnia semula tanah (SBKS), hak milik strata , konsultasi pengambilan tanah, konsultasi tanah berkaitan KM & SBKS dan semua perkhidmatan permohonan pembangunan tanah di Malaysia.