Mengenai Kami
Perunding Tanah Profesional
JK LAND DEVELOPMENT CONSULTANT SDN BHD merupakan gabungan bersama Jurukur Khoo, JK Land Survey Consultant Sdn Bhd, Magic Mapper Sdn Bhd, JK Survey Equipment Solution Sdn Bhd dan JK Hydro & Oceanography Consultant Sdn Bhd.
Di bawah gabungan ini terdapat pelbagai perkhidmatan seperti ukur kejuruteraan, ukur kadaster, pentadbiran dan pembangunan tanah, ukur hidrografi, pengesanan dan pemetaan utiliti bawah tanah, pemetaan dan videografi UAV, pengumpulan data ukur oseanografi pengimbasan 3D, tinjauan dimensi, dan pengumpulan data GIS.


JK Land Development Consultant Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2017 dan merupakan perunding pendtadbiran dan pengurusan tanah yang pertama di Malaysia mendapat pengesahan ISO 9001:2015 dan juga pengiktirafan daripada Pertubuhan Profesional Tanah Malaysia (PERTAMA). JKLDC memberi tumpuan kepada perkhidmatan perundingan pentadbiran dan pembangunan tanah. Kami juga menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada pelanggan khususnya individu dan juga syarikat. Pelanggan kami menerima manfaat dengan mendapat konsultasi berkaitan dengan pelbagai permohonan berkenaan pentabdiran dan pembangunan tanah di Malaysia. Perkhidmatan kami adalah yang berkualiti dan tiada tandingannya. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Jk Land Development Consultant Sdn Bhd adalah termasuk pecah bahagi tanah, cantuman tanah, pecah sempadan tanah, ubahsyarat tanah, serah balik dan kurnia semula tanah (SBKS), hak milik strata, konsultasi pengambilan tanah, konsultasi tanah berkaitan KM & SBKS dan semua perkhidmatan permohonan pembangunan tanah di Malaysia
Polisi Kualiti JKLDC
Pihak pengurusan dan kakitangan JK Land Development Consultant Sdn Bhd komited untuk sentiasa mematuhi dan menambah baik keperluan terpakai dan keperluan Sistem Pengurusan Kualiti selaras dengan keperluan ISO 9001:2015 supaya dapat memupuk kepuasan pelanggan sepenuhnya dalam proses pentadbiran tanah. & perkhidmatan perunding pembangunan. Kami juga akan menumpukan usaha kami dalam menyediakan: